Monday, October 1, 2012

Iringi Doa Ke Tanah Suci Mekah

Pak Tam sedang melaung Azan sebelum keberangkatan

Pada 27 September 2012 lalu, sebahagian besar keluarga Haji Daud bersama-sama saudara mara serta sahabat handai telah berkumpul di Bukit Tengkawang. Tujuannya hanyalah satu, iaitu untuk mengiringi bakal jemaah haji dari keluarga ini ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu.



Ayah Ngah, Che Ngah, Mak Embong dan Tok bersedia untuk berlepas

Bakal jemaah tersebut terdiri daripada Tok Hajah Rafiah, Che Ngah Tipah, Ayah Ngah Awang dan Mak Embung (emak Ayah Ngah).

Mereka akan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud ke KLIA Sepang. Pada keesokan harinya, iaitu pada 28 September 2012, baru rombongan bakal jemaah ini akan berangkat ke Jeddah menerusi penerbangan MH 44.


Pak Tam memeluk memohon kemaafan dan doa pada bondanya


Pak Tam memeluk dan mengucap selamat kepada Che Ngah


Menunggu taklimat di lapangan terbang K. Trg


Setelah turun dari rumah dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, masih ramai saudara mara dan sahabat handai yang datang bertemu mata dengan bakal jemaah ini. Suasana sayu dan syukur kerana bakal jemaah ini dimurahkan rezeki oleh Allah SWT untuk mengerjakan ibadat haji pada tahun ini.


Cik Mah memberi kucupan untuk Che Ngah


Ayah Chik bersalamaman dengan Che Ngah


Che Ngah sedang memperkatakan sesuatu kepada Ayah Chik



Antara saudara mara yang menghantar jemaah


Gambar kenangan bersama Ayah Ngah


Sedang memasuki balai berlepas


Saudara mara berasak-asak mengiringi jemaah untuk berlepas


Sebelum itu, di Bukit Tengkawang telah ramai saudara mara yang hadir untuk mengucap salam serta doa kepada bakal jemaah haji berempat tersebut. Begitu juga, ahli keluarga memainkan peranan yang baik dalam membantu mereka menyediakan persiapan untuk berlepas ke Tanah Suci.



Tok Su Hjh. Tijah (adik bongsu Tok) berkongsi pengalaman haji


Mak Embung dipakaikan tag pengenalan pada lengan


Che Ngah dan Ayah Ngah sedang bersedia memulakan pejalanan haji


Che Lin memakaikan tag pengenalan pada lengan Tok

Sebaik sahaja ahli rombongan bakal haji memasuki ruang berlepas, tanpa berlengah lagi, anak cucu terus ke sisi pagar lapangan terbang untuk melihat keluarga mereka menaiki kapalterbang untuk berlepas KLIA.


Kapalterbang yang nampak itulah bakal dinaiki rombongan ke KLIA





Ayah Chik dan Pak Su Hadi sedang berbincang sesuatu


Anak cucu sedang menunggu rombongan berlepas
















Penerbangan rombongan bakal haji telah berlepas ke KLIA pada kira-kira jam 9.20 malam dengan diiringi doa oleh anak cucu serta seluruh keluarga dan sahabat handai semoga mereka mendapat Haji Mabrur dan selamat pergi dan balik ke tanahair. Insya Allah.




Intan Azrina anak Pak Tam turut sama









Sunday, September 30, 2012

Gambar Konvoi Chalok Kedai - Bukit Tengkawang



Konvoi motosikal berkuasa tinggi yang dikepalai oleh Haji Mohd Sabri b. Haji Abdullah (Abg. Zih). Team konvoi ini adalah untuk menyambut dan mengiringi rombongan pengantin perempuan ke rumah Pok Awang dan Che Ngah Tipah di Bukit Tengkawang.